Wednesday 10 February 2016

Nasi Dagang Kelantan

Assalamualaikum semua,
Hari ni kita share resepi Nasi Dagang Merah ye.
Semoga Bermanfaat

Resepi ni anggaran 5-6 orang makan :)

Nasi Dagang

3 cawan beras merah nasi dagang(direndam sekurang-kurangnya 5-8 jam)
1 cawan santan cair mentah
*1 cawan santan pekat (cara untuk sediakan santan pekat di bawah ye :) )

* 4-5 ulas bawang merah dimayang
   1 sudu teh halba
   seinci halia diracik halus
   1 cawan santan pekat

   cara persediaan santan pekat :
   masak santan bersama-sama bawang merah, halba dan halia sampai menggelegak. tambahkan              sedikit garam dan biarkan sejuk.

Cara-cara persediaan Nasi Dagang:

1. Kukuskan beras selama 10-15 minit / hingga wap memenuhi ruang kukusan.
2. Alihkan beras ke dalam besen dan kacau beras bersama-sama santan cair.
    Kacau sehingga santan kering/  beras sejuk
3. Kukuskan balik sehingga nasi masak.
    ( Sama ada anda rasa nasi, / Tengok beras tadi dah melengkung. Salah satu indikator nasi masak)
4. Alihkan ke dalam besen dan kacau bersama santan pekat yang dimasak tadi sehingga nasi sejuk
    dan santan kering.



Gulai Ikan Tongkol

seekor ikan tongkol sederhana besar ,
5-7 keping asam keping
2-3 sudu besar garam

* rebus (air paras separuh ikan) ikan tongkol bersama asam keping + garam sehari / 2 hari sebelum        dibuat gulai. Rebusan kali pertama tinggalkan air 1/4 dari air asal, dan seterusnya.
   cth: jika direbus pagi sabtu, malam sabtu, pagi ahad dipanaskan kembali dengan api yang perlahan.
          Jika air rebusan dah kering, tambah sedikit sahaja sewaktu dipanaskan.


7 - 8 ulas bawang merah dimayang
seulas bawang putih dimayang
Seinci lengkuas
Seinci kunyit / sesudu besar kunyit serbuk
2 sudu cili giling ( ikut tahap kepedasan yang dimahu)
2 sudu serbuk kari ikan.
1/2 kg santan pekat
garam, gula merah secukup rasa

*Semua bahan di atas dikisar dengan air separuh dari tinggi bahan.

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga kering.
2. Tambahkan sedikit air dan tumis lagi sehingga kering. ( ulangi sekali lagi proses yang sama)
    (Petua ibunda supaya rempah benar-benar masak)
3. Masukkan 1/2 dari Santan + secawan air masak, sedikit gula merah dan masak hingga        
    menggelegak
4. Masukkan ikan dan masak hingga menggelegak.
5. Rasa dan adjust rasa masam, masin dan manis mengikut citarasa. Garam dan asam keping tidak
    dimasukkan awal sebab ikan dah direbus dengan garam dan asam keping, bila dah dimasak masam     dan masin tadi akan terasa di kuah. Jika kuah cair, boleh tambahkan baki santan tadi.


Acar Mentah


Timun
Nenas
Lobak Merah
2-3 ulas Bawang Merah dimayang
2-3 biji limau kasturi
garam, gula

Cara penyediaan:

Campurkan timun, nenas dan lobak merah. Perahkan limau kasturi dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan dibiarkan di dalam peti sejuk sehingga waktu makan.


Serunding Kelapa

1 biji Kelapa parut putih ( Digoreng tanpa minyak sehingga perang)
1 ekor ikan kembung ( direbus)
seinci halia
2-3 batang serai
3-4 ulas bawang merah
garam, gula melaka/gula merah

Cara-cara penyediaan:

Blend kering / tumbuk halia, serai dan bawang merah sehingga lumat. Gaulkan bersama isi ikan rebus dan kelapa, tambah garam dan gula merah secukup rasa.



Siapp... hidangkan juga bersama telur rebus. Selamat Mencuba

Ni je lah gambar yang sempat disnap waktu kawan-kawan order makan hari tu :D

No comments:

Post a Comment