Friday 12 February 2016

Nasi Daging Utara

 Assalamualaikum :)
Disebabkan hari ni ada daging dalam peti,
dan nak menyejukkan hati cik abang tersayang
Buat lah nasi daging. Tapi versi Cik abang sayang lah. Maybe berbeza sikit lah dari orang lain. :)

Nasi Daging versi Yeih

3 pot beras 
(dibasuh dan ditoskan)
1/2kg daging dipotong kasar. ( besar-besar sket :))
(rebus daging macam nak buat sup daging, siap masuk sup bunjut / pekakas sup. Tambah garam sesiap semasin sup biasa. Air rebusan akan diguna untuk masak nasi nanti)
2 -3 kuntum bunga lawang
5-6 ulas bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih dimayang
sebatang kayu manis,
3-4 sudu rempah nasi daging.
(rempah ni saya beli sesiap di kepala batas)

Cara Penyediaan:

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, kulit kayu manis. 
2. Agak2 keperangan bawang masukkan rempah nasi daging. Tumis sampai naik bau. 
    Biasa dalam 5 minit camtu.
3. Tutup api, dan masukkan beras yang ditoskan dan kacau rata. 
4. Masukkan dalam rice cooker dan susun daging di atas nasi. Gunakan air rebusan daging / sup tadi       dan sukat macam masak nasi biasa cuma lebihkan sikit. Masak nasi macam biasa.

Rempah sup saya :) Xda kulit kayu manis sebab pakai serbuk heheh
Proses buat Sup Daging ( Stok Daging)
Proses Menumis Bawang dan rempah

Masukkan Beras untuk digaul bersama rempah
Hasil Sebelum Nasi Ditanak
Air Asam versi Yeih

1 ulas bawang besar
2 biji tomato
2-3 sudu besar asam jawa Adabi
5-7 tangkai cili padi 
garam dan gula

Cara Penyediaan:

1. Kisar 1/2 bawang besar, 1/2 biji tomato, cili padi, garam, gula dan asam jawa dengan air separuh 
   ketinggian bahan. Asingkan ke dalam mangkuk.
2. Mayang baki bawang besar dan tomato masukkan kembali ke dalam bahan yang dikisar tadi.
3. Rasa dan tambahkan garam / gula jika kurang mengikut citarasa. 

Inilah Rupa Air Asam saya :d


Siap.. Dah boleh makan. Sebelum ni buat stail lain, sekali Pak Aji kat rumah ajar versi Nasi Daging dia. So layankan aje. Pak Aji kat rumah kata reason kenapa kuah daging tu dibuat seperti sup supaya nasi tu lebih berperisa. Tu je hehee :) Selamat mencuba.


Ni lah rupe sebelum dimakan. Heheh

Wednesday 10 February 2016

Gulai Udang Kelantan

Assalamualaikum sume.
Disebabkan permintaan Tina Kadir kesayangan
Kat sini saya share resepi Gulai Udang versi Mek D diubahsuai resepi Ibunda.


Gulai Udang

1/2 kg udang laut sederhana besar
*5-7 ulas bawang merah dimayang
*2-3 sudu besar cili giling ( tak suka pedas boleh kurangkan)
*2 sudu serbuk kari makanan laut adabi / kari ikan
*seinci kunyit / 2 sudu besar kunyit serbuk
*seulas bawang putih
*seinci lengkuas
1/2 kg santan
garam, gula melaka
1-2  keping Asam keping/ asam jawa

** kisar kesemua bahan bertanda * dengan air separuh ketinggian bahan (udang jangan kisar eeh :P) hehehe

Cara Pemyediaan:

1. Tumis bahan kisar dengan minyak masak sampai kering. ( Minyak jangan banyak sangat ye)
2. Tambahkan sedikit air dan tumis kembali sehingga kering. ( Ulangi sekali lagi langkah 2)
    ( Mummy pesan supaya rempah ditumis sempurna)
3. Masukkan 1/2 dari santan dan segelas/secawan air, gula, garam dan sekeping asam keping. Biarkan menggelegak.
    ( Sentiasa Kacau ye supaya santan tak berketul-ketul)
4. Masukkan Udang, gunakan api sederhana, kacau dan masak sehingga menggelegak)
5. Rasa dan adjust kepekatan, masin, manis dan masam. Jika tak cukup boleh tambah mengikut
    citarasa.


Tu je gambar yang dapat dicari hahah. Next time buat saya update insya Allah. 

Siap.. heheh boleh dimakan bersama nasi tumpang, nasi dagang,  hatta nasi putih hehehe
Jika anda menggunakan udang bela, rasa gulai akan berbeza dari udang laut. Manis udang akan meresap ke kuah dan menjadikannya mummyliciousss heheh. Selamat Mencuba :)

Nasi Dagang Kelantan

Assalamualaikum semua,
Hari ni kita share resepi Nasi Dagang Merah ye.
Semoga Bermanfaat

Resepi ni anggaran 5-6 orang makan :)

Nasi Dagang

3 cawan beras merah nasi dagang(direndam sekurang-kurangnya 5-8 jam)
1 cawan santan cair mentah
*1 cawan santan pekat (cara untuk sediakan santan pekat di bawah ye :) )

* 4-5 ulas bawang merah dimayang
   1 sudu teh halba
   seinci halia diracik halus
   1 cawan santan pekat

   cara persediaan santan pekat :
   masak santan bersama-sama bawang merah, halba dan halia sampai menggelegak. tambahkan              sedikit garam dan biarkan sejuk.

Cara-cara persediaan Nasi Dagang:

1. Kukuskan beras selama 10-15 minit / hingga wap memenuhi ruang kukusan.
2. Alihkan beras ke dalam besen dan kacau beras bersama-sama santan cair.
    Kacau sehingga santan kering/  beras sejuk
3. Kukuskan balik sehingga nasi masak.
    ( Sama ada anda rasa nasi, / Tengok beras tadi dah melengkung. Salah satu indikator nasi masak)
4. Alihkan ke dalam besen dan kacau bersama santan pekat yang dimasak tadi sehingga nasi sejuk
    dan santan kering.



Gulai Ikan Tongkol

seekor ikan tongkol sederhana besar ,
5-7 keping asam keping
2-3 sudu besar garam

* rebus (air paras separuh ikan) ikan tongkol bersama asam keping + garam sehari / 2 hari sebelum        dibuat gulai. Rebusan kali pertama tinggalkan air 1/4 dari air asal, dan seterusnya.
   cth: jika direbus pagi sabtu, malam sabtu, pagi ahad dipanaskan kembali dengan api yang perlahan.
          Jika air rebusan dah kering, tambah sedikit sahaja sewaktu dipanaskan.


7 - 8 ulas bawang merah dimayang
seulas bawang putih dimayang
Seinci lengkuas
Seinci kunyit / sesudu besar kunyit serbuk
2 sudu cili giling ( ikut tahap kepedasan yang dimahu)
2 sudu serbuk kari ikan.
1/2 kg santan pekat
garam, gula merah secukup rasa

*Semua bahan di atas dikisar dengan air separuh dari tinggi bahan.

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga kering.
2. Tambahkan sedikit air dan tumis lagi sehingga kering. ( ulangi sekali lagi proses yang sama)
    (Petua ibunda supaya rempah benar-benar masak)
3. Masukkan 1/2 dari Santan + secawan air masak, sedikit gula merah dan masak hingga        
    menggelegak
4. Masukkan ikan dan masak hingga menggelegak.
5. Rasa dan adjust rasa masam, masin dan manis mengikut citarasa. Garam dan asam keping tidak
    dimasukkan awal sebab ikan dah direbus dengan garam dan asam keping, bila dah dimasak masam     dan masin tadi akan terasa di kuah. Jika kuah cair, boleh tambahkan baki santan tadi.


Acar Mentah


Timun
Nenas
Lobak Merah
2-3 ulas Bawang Merah dimayang
2-3 biji limau kasturi
garam, gula

Cara penyediaan:

Campurkan timun, nenas dan lobak merah. Perahkan limau kasturi dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan dibiarkan di dalam peti sejuk sehingga waktu makan.


Serunding Kelapa

1 biji Kelapa parut putih ( Digoreng tanpa minyak sehingga perang)
1 ekor ikan kembung ( direbus)
seinci halia
2-3 batang serai
3-4 ulas bawang merah
garam, gula melaka/gula merah

Cara-cara penyediaan:

Blend kering / tumbuk halia, serai dan bawang merah sehingga lumat. Gaulkan bersama isi ikan rebus dan kelapa, tambah garam dan gula merah secukup rasa.



Siapp... hidangkan juga bersama telur rebus. Selamat Mencuba

Ni je lah gambar yang sempat disnap waktu kawan-kawan order makan hari tu :D

Laksam

Assalamualaikum,
1st entri, moh kita try buat laksam.
Kuah laksam ni pun boleh jadi kuah laksa lemak, laksa yang sinonim dengan orang kelantan :)
Resepi ni anggaran untuk 4 orang makan :)

Laksam

2 cawan tepung beras,
2 cawan air panas
2 cawan air biasa
(atau 4 cawan air suam)

Cara-cara :
1. Bancuhkan tepung beras bersama air panas dan air biasa.
2. Guna penutup periuk yang bulat ikut size periuk kukusan ye
    Kalau takde boleh guna dulang kek. yang penting boleh masuk periuk kukusan
3. Lumurkan minyak sikit di dulang/tudung periuk supaya cantik dan senang digulung
4. Sendukkan 2 1/2 senduk adunan atau mengikut ketebalan yang diingini. Jangan tebal sangat ye :)
5. Kukus sehingga adunan masak / menggelembung.
6. Keluarkan dan gulung terus dari tudung periuk/acuan tadi dan alihkan.
7. Ulangi proses sehingga habis adunan tepung tadi

Ini lah rupanya bila dah digulung :D


Kuah

2-3 ekor ikan kembung, (kalau besar 2 ekor, kalau kecik 3 ekor)
6-7 ulas bawang merah
2-3 keping asam keping
1/2 kg santan
seinci halia
seulas bawang putih
sesudu besar lada hitam
gula/gula melaka
garam

Cara-cara:
1. Rebuskan ikan. (Saya rebus dengan air sedikit banyak sebab nak guna air untuk kuah)
2. Tapiskan air rebusan ikan, guna untuk kisar bawang merah, halia, bawang putih dan lada hitam.
3. Masakkan balik dengan api yang perlahan.
4. Sambil-sambil tu perisi isi ikan, kisar dengan air yang melebihi paras isi ikan.
    (Elak isi ikan bergumpal)
5. Masukkan isi ikan yang dikisar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan 1/2 dari santan, masukkan garam, gula dan 2 keping asam keping.
7. Kacau hingga mendidih.
7. Rasa dan adjust kepekatan santan, gula, garam dan masam.
8. Jika kurang tambahkan mengikut citarasa.


Sambal

Cili Padi
Asam Limau Nipis/Kasturi
Gula
Garam

Cara-cara:

1. Kisar kering cili padi.
2. Perahkan asam limau sedikit
3. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Ulaman

Kacang Panjang
Timun
Bunga Kantan
Daun Ulam Raja

* Makin banyak ulaman makin sedap. :)


Jika anda suka makanan yang extra special,
Bolehlah di tambah dengan serunding daging dan telur puyuh.
Memang tak nampak orang lain bila makan.
Hehehe so selamat mencuba
Insya Allah.


Ni masa kawan-kawan order untuk makan di ofis :D 

Salam Perkenalan dari Mek D

Assalamualaikum :)

Sebenarnya tujuan blog ni diwujudkan untuk perkongsian resepi-resepi yang diperturunkan oleh ibunda dan juga resepi yang diubahsuai mengikut citarasa sendiri. Perkongsian ini juga sebenarnya untuk memudahkan tuan empunya blog untuk mengingati resepi yang jarang-jarang diguna. So tak lah hilang ditelan zaman. Heheheh. Sebarang resepi yang dikongsi adalah mengikut citarasa tuan punya blog. Sedap atau tidak itu subjektif bergantung kepada deria rasa masing-masing heheh. Anyway, selamat meneroka :D